LENSA SECENDRA

PROGRAM KEM BESTARI SOLAT

TAHAP 1 & 2

Program ini telah berjalan selama dua hari, pada tarikh 4 September bagi Tahap 1 dan 5 September bagi Tahap 2.

Program dijalankan secara atas talian di mana semua murid berhimpun di dalam Google meet untuk majlis perasmian dan sedikit penerangan berkaitan perjalanan program.

Selesai majlis, murid dikumpulkan mengikut kumpulan tasmik masing-masing untuk aktiviti berkumpulan. Guru menjalankan aktiviti mengikut kaedah yang sesuai samada menggunakan google meet, telegram, mahupun whatsapp .

MAJLIS SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN

Tarikh : 30 ogos 2021

Masa : 11.00 pagi

Majlis di jalankan secara atas talian melalui platform Google Meet dan Youtube Live.

MAJLIS PELANCARAN BULAN KEBANGSAAN

Tarikh:17 Ogos 2021

Masa:11.00 pagi

Platform: Google meet & Youtube Live

PROGRAM JOM BACA 10 MINIT

KURSUS PEMIMPIN KECIL

PENGAGIHAN INFAQ RAMADAN

Pengagihan sumbangan Infaq Ramadan kepada 101 orang murid yang layak telah dilaksanakan pada 15 April 2021 (Khamis), jam 2.00 petang.

Pengagihan sumbangan dilaksanakan secara pandu lalu sahaja mengikut SOP. Seluruh warga Secendra mengucapkan Jutaan terima kasih kepada individu-individu yang berbesar hati menghulurkan sumbangan ini.


MAJLIS PELANCARAN PROGRAM IHYA" RAMADAN

Majlis Pelancaran ini diadakan pada tarikh 12 April 2021 (Isnin) bertempat di Dewan Sri Cendana, SK Cenderawasih.

Majlis di rasmikan oleh Tuan Guru Besar, Encik Saudi Bin Jamil dan dihadiri oleh sejumlah kecil murid di dewan mengikut SOP yang ditetapkan dengan penjarakan fizikal. Manakala murid-murid lain mendengar melalui pembesar suara di kelas masing-masing.

Antara program yang akan dijalankan sepanjang Ramadan ini ialah:

  • Tadarus Al Quran

  • Ceramah Nuzul Quran

  • Pengisian Rohani

  • Infaq Surau

  • Bacaan Yassin Perdana dan Khatam Al-Quran

eMESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-28&29

Dijalankan pada 10 April 2021 (Sabtu) melalui platform Google Meet dan juga boleh ditonton melalui Facebook Live. Mesyuarat bermula seawal 8.30 pagi dengan penyertaan seramai 166 orang.

Majoriti mesyuarat bersetuju untuk mengekalkan Tuan Haji Mohd Abduh selaku Yang Di Pertua PIBG untuk temph 2 tahun lagi. Tahniah Kami ucapkan!

MAJLIS PENUTUPAN MINGGU TRANSISI TAHUN 1

Tarikh : 26 Mac 2021

Minggu Transisi Tahun Satu telah tamat secara rasminya pada hari Jumaat, 26 Mac 2021.

Sebagai tanda berakhirnya Minggu Transisi ini, satu majlis penutup telah dilangsungkan secara berperingkat mengikut kelas dengan mematuhi SOP yang ditetapkan.

Program Agihan Bantuan Awal Persekolahan Daripada Syarikat Jakel.

Hari : Khamis (25.3.2021)

Masa : 2.30-4.00

Tempat :Tepi makmal Komputer A

Cara : pandu lalu


  • Sumbangan berupa seplastik barangan dapur dan 10 kg beras setiap penerima.

  • Jumlah penerima seramai 100 org.

PROGRAM IMUNISASI TAHUN 1 ( 23 & 24 Mac 2021)

PEMANTAUAN AGIHAN SUSU RMT OLEH JPN PAHANG 3 Mac 2021

PEMANTAUAN PENYURAIAN MURID OLEH PIHAK PPD (8 Mac 2021)

PENYERAHAN BANTUAN YAYASAN PAHANG 18/02/2021

PENYERAHAN BANTUAN AWAL PERSEKOLAHAN 25/02/2021

PEMULANGAN DAN PENYERAHAN BUKU TEKS SECARA PANDU LALU 26-28 JANUARI 2021

PEMULANGAN DAN PENYERAHAN BUKU TEKS SECARA PANDU LALU 26-28 JANUARI 2021