WARKAH GURU BESAR

Encik Saudi Bin Jamil

Terlebih dahulu saya memanjatkan rasa syukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan izin dan rahmat-Nya, dapat saya mencatat sepatah dua kata di dalam laman rasmi sekolah ini. Saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk merakamkan setinggi-tinggi tahniah dan terima kasih kepada guru-guru dan semua pihak yang telah berjaya menghasilkan laman ini.

Selaku pentadbir dan pemimpin sekolah ini, saya bersama-sama barisan guru penolong kanan sentiasa memberi sepenuh perhatian agar sekolah ini terus cemerlang dan saya yakin ia akan terus maju pada masa hadapan.

Diharapkan program-program akademik mahupun kokurikulum dan pemantapan sahsiah yang dilaksanakan di sekolah ini dapat memberi persediaan awal ke arah melahirkan pelajar yang mempunyai jati diri, prihatin terhadap masyarakat dan mampu menghadapi cabaran yang akan datang. Laman blog ini juga melambangkan daya usaha dan kesediaan sekolah ini untuk mengisi visi, misi dan objektif sekolah dalam menghadapi alaf baru yang serba moden dan canggih.

Diharapkan blog ini dapat memberi banyak manfaat kepada pelawat dan masyarakat untuk mengetahui dan mengenali sekolah ini secara lebih dekat lagi.

Selamat datang dan selamat sejahtera diucapkan kepada semua pengunjung laman web sekolah ini.